Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Baguslah tutup kedai asal harga kereta murah'
Diterbitkan:  Jul 2, 2015 11:50 AM
Dikemaskini: 6:44 AM

Tun Mahathir Mohamad hari ini menyindir pendirian Institut Automotif Malaysia (MAI) bahawa persaingan dalam pasaran kereta memberi manfaat kepada kepada pengguna.

Pengerusi Proton itu sebaliknya membayangkan persaingan sebenar berlaku secara tidak adil.

“Jika kalah kita mungkin gulung tikar. Ratusan ribu pekerja, jurutera dan pengurus akan hilang kerja. Keluarga mereka akan menderita.

“Tetapi semua ini tidak mengapa kerana pengguna akan dapat kereta lebih bagus dengan harga lebih murah daripada negara luar,” sindirnya.

Isnin lepas, Ketua Pegawai Eksekutif MAI

Mohamad Madani Sahari, dilapor berkata persaingan melalui industri terbuka baik untuk pengguna selain membolehkan pemain industri lebih meneroka pasaran.

Mahathir membangkitkan bahawa negara-negara pengimport penting kereta sebenarnya mengenakan piawaian dan syarat yang menyekat kereta Malaysia daripada pasaran masing-masing.

“Jadi pengguna di Jepun, Jerman, Korea dan China tidak boleh menikmati faedah seperti di Malaysia,” sindirnya lagi dalam blognya hari ini.

Perdana menteri 22 tahun itu juga menegaskan bahawa kapasiti industri di Malaysia masih tidak sama tahap dengan negara pengimport besar lain.

“Kita mungkin boleh menang dalam pertandingan tilawah al-Quran tetapi bukan dalam bidang automotif.

“Kita main bagus dalam badminton dan skuasy tetapi bukan bola sepak,” katanya lagi.

Lihat Komen
ADS