Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Robot kilang Volkswagen serang pekerja
Diterbitkan:  Jul 2, 2015 11:57 AM
Dikemaskini: 5:56 AM

Seorang pekerja di kilang Volkswagen di Jerman maut akibat serangan robot di pusat pemasangan kenderaan tersebut, semalam.

Laporan AP menyebut, lelaki berusia 22 tahun itu diserang oleh robot tersebut, yang memegang dan menekannya pada satu plat logam.

Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika pekerja tersebut sedang memasang robot berkenaan, dalam satu kawasan tertutup.

Beliau dilaporkan mati akibat kecederaan yang dialaminya di kilang dekat Kassel, Jerman.

Jurucakap syarikat itu dilaporkan berkata, kejadian itu dipercayai berlaku akibat kesilapan manusia.

Menurut jurucakap tersebut, robot berkenaan juga berkeupayaan untuk diprogram bagi bagi proses pemasangan alat kenderaan.

Pihak berkuasa negara itu dilaporkan masih belum dapat memutuskan sama ada akan melakukan pendakwaan dan juga pihak yang boleh dikenakan tindakan.

Lihat Komen
ADS