Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini berkata The Edge tidak perlu bertanya kepada kementeriannya artikel yang mana satu yang menyebabkan akhbar itu diberikan surat tunjuk sebab.

Zahid berkata demikian sebagai menjawab kepada akhbar itu yang mahu kementerian berkenaan menyatakan secara khusus artikel mereka yang didakwa salah dilaporkan.

Katanya, mereka patut duduk dengan pegawai dari unit penerbitan kementerian tersebut.

Bercakap kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini, Zahid berkata pihaknya berpendapat jika 'anda makan cili, anda akan merasa pedasnya'.

Jadi, katanya, tidak ada keperluan untuk bertanya pihaknya artikel mana satu yang membabitkan maklumat yang tidak betul.

Tambahnya, akhbar mingguan itu perlu tahu sendiri artikel terbabit berdasarkan kepada maklumat yang diterima, terutamanya dari PetroSaudi International.

[Baca berita penuh/asal]

Lihat Komen
ADS