Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Laporan interim audit 1MDB siap ikut jadual
Diterbitkan:  Jul 2, 2015 4:44 PM
Dikemaskini: 8:51 AM

Jabatan Audit Negara hari ini mengesahkan Laporan Interim Terhadap Pengauditan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) telah disiapkan mengikut jadual, iaitu akhir Jun 2015.

Laporan ini akan diserahkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) semasa taklimat kepada PAC yang dijadualkan pada 9 Julai, 2015, kata Ketua Audit Negara dalam satu kenyataan hari ini.

Laporan Interim ini merupakan hasil pengauditan yang dijalankan oleh Jabatan Audit Negara mulai 10 Mac, 2015, sehingga 15 Jun, 2015, katanya.

Pengauditan Jabatan Audit Negara ke atas 1MDB masih lagi berjalan dan satu laporan lengkap akan diserahkan kepada PAC secepat yang mungkin dalam tahun ini.

- Bernama

Lihat Komen
ADS