Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Secret Recipe kembali halal
Diterbitkan:  Jul 2, 2015 5:52 PM
Dikemaskini: 9:57 AM

Setelah hampir dua bulan, Syarikat Secret Recipe Manufacturing Sdn Bhd kembali mendapat pengiktirafan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Dalam kenyataannya hari ini, pengendali rangkaian francais restoran itu berkata pengesahan itu diperoleh semula setelah selesai pengubahsuaian dan pembangunan komprehensif kilang induknya di Taman Mayang dan kilang baru di Kota Damansara.

Secret Recipe juga berkata pihaknya telah menubuhkan Unit Kawalan Kualiti, Kebersihan dan Pematuhan Halal bagi memastikan bahan, penyediaan dan pemprosesan mematuhi piawaian keselamatan makanan dan Piawaian Pensijilan Halal.

Ia juga, kata syarikat itu, bagi memastikan Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP) dipatuhi.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan setia kami, rakan kongsi, dan pembekal atas kepercayaan dan sokongan yang berterusan terhadap jenama kami,” kata syarikat itu.

Jakim menarik sijil pengesahan halal Secret Recipe berkuat kuasa 7 Mei disebabkan pelanggaran prosedur pensijilan melibatkan kesalahan kebersihan dan GMP yang serius.

Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim Hakimah Mohd Yusoff menegaskan penarikan itu bukan disebabkan kesalahan penggunaan bahan haram dalam pemprosesan produk itu.

Lihat Komen
ADS