Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mangsa pemerdagangan manusia diselamatkan
Diterbitkan:  Jul 3, 2015 5:47 AM
Dikemaskini: Jul 3, 2015 3:48 AM

Polis menyelamat tujuh wanita Filipina yang disyaki menjadi mangsa pemerdagangan orang di sebuah rumah teres dan sebuah bilik hotel di sekitar Kota Kinabalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, Datuk Salehhudin Abdul Rahman berkata mereka yang berumur antara 15 hingga 30 tahun yang tidak mempunyai sebarang dokumen dipercayai mahu dipergunakan untuk tujuan maksiat.

Beliau berkata enam daripada mereka diselamatkan selepas pihaknya menyerbu sebuah rumah teres di sebuah taman perumahan di Jalan Lido kira-kira pukul 2 pagi dan seorang lagi diselamatkan dari sebuah hotel pada pukul 3.30 pagi.

"Tiga daripada mereka termasuk yang berumur 15 tahun didpati baru tiba di Sabah dua minggu lalu, manakala selebihnya sudah memasuki Sabah antara lapan bulan hingga setahun," katanya.

Salehhudin berkata seorang wanita Filipina berumur 30 tahun dan seorang lelaki berumur 24 tahun turut ditahan di rumah berkenaan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes tersebut.

Beliau berkata kesemua mangsa kini diberi perlindungan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

- Bernama

Lihat Komen
ADS