Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kedah beri bonus RM500 pada penjawat awam
Diterbitkan:  Jul 3, 2015 5:56 AM
Dikemaskini: Jul 3, 2015 3:45 AM

Kakitangan kerajaan negeri Kedah turut menikmati bonus RM500 sempena Aidilfitri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata bonus kepada kakitangan gred N54 ke bawah itu telah diberikan bersama gaji bulan lalu.

"Kita ikut seperti yang diumumkan kerajaan persekutuan, kita juga beri RM500," katanya kepada pemberita.

Beliau menyampaikan bantuan Ramadan Yayasan Prihatin Rakyat Kedah (YPRK) kepada anggota dewan undangan negeri Barisan Nasional untuk diagihkan kepada rakyat.

Mukhriz berkata peruntukan bagi pembayaran bonus tersebut tersedia dalam Bajet Negeri 2015 yang dilakukan sejak beberapa tahun lepas.

Pada majlis itu, syarikat Cenviro Sdn Bhd yang merupakan pemegang saham syarikat Environment Idaman Sdn Bhd yang menguruskan sisa pepejal dan

pemberersihan awam  di Kedah menyumbang RM1 juta kepada YPRK menerusi program MyKasih Foundation.

Ia untuk diagihkan kepada 7,200 penerima di 36 kawasan Dewan Undangan Negeri.

- Bernama

Lihat Komen
ADS