Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Murid hilang sejak dua minggu lalu
Diterbitkan:  Jul 3, 2015 5:58 AM
Dikemaskini: Jul 3, 2015 4:09 AM

Seorang ibu merayu orang ramai untuk membantu mengesan anak perempuannya A Jennifer, 12, yang hilang selepas tidak pulang dari sekolah di Kampung Pandan Dalam di ibunegara sejak 19 Jun lalu.

K.Sakunthala, 46, berkata anaknya juga tidak menghadiri kelas tambahan selepas sekolah seperti yang diberitahu kepada ibunya.

"Ketika saya menghantarnya ke sekolah pada jam 6.30 pagi, dia memaklumkan dia mempunyai kelas tambahan dan akan pulang pada jam 3.30 petang," katanya kepada Bernama .

Beliau berkata pihaknya tidak menerima sebarang panggilan ugutan atau meminta wang tebusan.

Sakunthala meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai anaknya agar  talian 014-9660716.

Jenifer dilapor hilang selepas keluar dari sekolahnya kira-kira pukul 12.30 tengah hari pada hari kejadian.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Supt Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata usaha mencari murid tersebut turut dibuat dengan meneliti rakaman litar tertutup (CCTV) di sekitar kawasan sekolahnya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS