Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PKR ejek 'Bugis bimbang', menteri balas PM ceria
Diterbitkan:  Jul 3, 2015 2:20 PM
Dikemaskini: 6:24 AM

Di sebalik dakwaan serius terhadap kewibawaannya oleh media antarabangsa Wall Street Journal (WSJ), Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini didakwa tetap tampil ceria.

“Orang ini ceria dan angin baik ketika mempengerusikan mesyuarat pagi ini.

“Maaf musnahkan khayalan kamu,” kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Rahman menulis demikian di Twitter ketika membalas ejekan Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil bahawa “Bugis warrior ” (pahlawan Bugis) sudah jadi Bugis worrier (orang Bugis yang bimbang).

Bagaimanapun, masih tidak jelas Najib mempengerusikan mesyuarat apa hari ini. Jadual rasmi yang dikeluarkan Bernama juga tidak menyatakannya.

Najib di tengah-tengah asakan Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini menegaskan beliau tidak akan mengalah kerana beliau berdarah Bugis dan berdarah pahlawan.

Ucapan itu bagaimanapun sering menjadi bahan ejekan kumpulan pengkritiknya, antaranya selepas beliau tidak hadir dalam siri dialog 1MDB yang disertai Mahathir.

WSJ hari ini melaporkan terdapat pergerakan tunai AS$700 juta daripada badan dikaitkan dengan 1MDB ke akaun peribadi perdana menteri.

Laman pembocor maklumat Sarawak Report pula melaporkan sebanyak AS$681,999,976 (RM2.6 bilion) dipindahkan daripada dana Abu Dhabi Aabar ke dalam akaun peribadi Najib di AmBank di Kuala Lumpur pada bulan Mac 2013, dua bulan sebelum pilihan raya umum pada 5 Mei 2013.

Lihat Komen
ADS