Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (SMART) menawarkan diskaun tol sebanyak 20 sen berbanding harga biasa RM2 kepada pengguna terowong dwifungsi itu, sempena Aidilfitri.

Ketua Operasi Lebuh Raya SMART, Mohd Fuad Kamal Ariffin dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan diskaun selama dua hari itu sebagai menghargai pengguna lebuh raya berkenaan dan ia bermula dari 6 pagi pada 17 Julai hingga 6 pagi keesokannya.

Selain itu, katanya SMART akan mula melaksanakan sistem kutipan tol secara elektronik sepenuhnya mulai 9 Sept.

Mohd Fuad berkata sistem itu hanya menggunakan kad Touch 'n Go atau Smart Tag untuk transaksi bayaran pantas berbanding bayaran tunai.

Kad Touch 'n Go akan dijual di lorong tol terutama bagi mereka yang belum mempunyai kad itu.

Untuk maklumat lanjut orang ramai boleh melawati laman web SMART di www.smarttunnel.com.my atau di Facebook SMART Tunnel, Twitter @Smarttunnel atau menghubungi talian 1300-88-7188.

Sementara itu, pengendali Lebuh Raya Sungai Besi (BESRAYA), Pengurusan Besraya (M) Sdn Bhd, iaitu anak syarikat IJM turut mengumumkan diskaun tol 20 sen di Plaza Tol Mines dan 40 sen di Plaza Tol Loke Yew bagi kenderaan kelas 1 sempena Aidilfitri.

Ketua Pegawai Operasi Tol IJM Wan Salwani Wan Yusoff berkata pemberian diskaun itu yang merupakan inisiatif tanggungjawab korporat itu akan bermula pada 12.01 pagi 17 Julai sehingga 12 tengah malam hari yang sama.

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh layari Twitter BESRAYA di @BESRAYAtrafik atau di talian 1 800 88 0999.

- Bernama

Lihat Komen
ADS