Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Pengesahan AG beri wibawa untuk WSJ'
Diterbitkan:  Jul 4, 2015 10:22 PM
Dikemaskini: 2:25 PM

PAS menimbulkan persoalan sama ada laporan dibuat Wall Street Journal (WSJ) semalam berdasarkan dokumen sulit sama diperoleh pasukan petugas khas yang menyiasat isu 1MDB.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, berdasarkan kenyataan dibuat Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini, secara tidak langsung  telah memberi wibawa kepada laporan Wall Street Journal (WSJ) berbanding penafian mengenainya oleh Datuk Seri Najib Razak.

Tuan Ibrahim juga bertanya apakah Peguam Negara akan dituduh menyiasat 1MDB berdasarkan 'info-info palsu' yang didedahkan seorang bekas eksekutif PetroSaudi International, Xavier Andre Justo.

"Jika ya, apakah Kementerian Dalam Negeri akan memberikan surat tunjuk sebab kepada Peguam Negara?" katanya dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Disebabkan Gani sendiri mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap kes penyaluran dana 1MDB yang menggemparkan itu, Tuan Ibrahim sekali lagi mendesak Najib bercuti serta-merta agar siasatan dapat dijalankan secara telus dan bebas.

"Ada positifnya untuk Najib bercuti. Masa itu boleh digunakan sebaiknya untuk beliau merancang (memulakan proses) pendakwaan saman fitnah terhadap pihak yang mengaitkan beliau dalam skandal 1MDB," katanya.

Lihat Komen
ADS