Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PAS PP saman k'jaan negeri pecat ahli majlis
Diterbitkan:  Jul 6, 2015 12:38 PM
Dikemaskini: 9:11 AM

PAS Pulau Pinang akan mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan negeri berhubung pemecatan wakil mereka dalam pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu yang didakwa dilakukan tanpa mengikut prosedur.

Pesuruhjayanya, Fauzi Mohd Yusof berkata parti itu telah mengarahkan peguam mereka untuk memfailkan saman demi mempertahankan hak wakil mereka yang dipecat, dan mengembalikan maruah mereka, lapor Berita Harian hari ini.

Laporan itu menyebut, beliau berkata PAS negeri itu tidak ada masalah jika pemecatan itu dilakukan mengikut prosedur operasi standard (SOP) namun, mereka mendkawa DAP sesuka hati memecat wakil mereak tanpa sebarang alasan.

"Mereka baru mentadbir negeri ini untuk dua penggal, tapi sudah kecoh. Ini menunjukkan yang DAP Pulau Pinang sebenarnya gagal menjadi pentadbir yang baik.

"Jangan ambil mudah dengan PAS kerana kami pun orang politik juga. Jangan ingat mereka boleh buat sesuka hati... Apa-apa pun mereka kena fikir dulu risikonya," katanya seperti dilaporkan akhbar itu.

Dalam kenyataan sebelum ini, Ketua Menteri Lim Guan Eng mendesak kepimpinan PAS mengarahkan wakilnya mengundur diri.

Ia ekoran kemelut DAP-PAS berlaku selepas usul tergempar untuk memutuskan hubungan dengan DAP dalam muktamar tanpa bahas diluluskan, namun akan meneruskan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dalam pakatan pembangkang.

Sebelum ini kerajaan negeri memecat dua ahli majlis tempatan PAS iaitu Yacoob Omar daripada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Omar Hassan daripada Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) tanpa sebarang alasan.

Malah, pada 12 Jun lalu Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri Mohd Fadzil Kemi turut dipecat pegawai penerangan gred 41 di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.

 

Lihat Komen
ADS