Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka hadir di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 27 Julai untuk kes rayuan qazaf beliau.

Ini untuk membolehkan beliau membacakan 'wakallah' (pelantikan) peguam beliau untuk kes tersebut.

Peguam Anwar, Kamar Ainiah Kamaruzaman, berkata mahkamah akhirnya mengeluarkan perintah bawah Seksyen 109 Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) kepada Penjara Sungai Buloh supaya Anwar hadir pada tarikh yang dinyatakan.

"Kami sebenarnya mencadangkan perkara ini sebelum ini, tetapi mahkamah hanya diberikan sekarang," katanya kepada pemberita hari ini.

Sementara itu, peguam syarie Roslizam Rahim yang mewakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom pula berkata Anwar sepatutnya menjawab afidavit mereka hari ini, tetapi tidak berbuat demikian.

"(Oleh itu), mahkamah telah mengarahkan beliau untuk memberikan maklum balas kepada permohonan kami, sama ada untuk membalas afidavit kami atau membuat apa-apa bantahan. Perkara ini telah ditetapkan selama 28 Ogos," katanya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS