Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mahkamah lanjut reman suspek dera kanak-kanak
Diterbitkan:  Jul 6, 2015 2:31 PM
Dikemaskini: 6:33 AM

Mahkamah Majistret Pasir Mas hari ini melanjutkan tahanan reman selama tujuh hari terhadap dua suspek dalam kes dera seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun.

    

Perintah lanjutan tahanan itu dikeluarkan Hakim Mahkamah Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali bermula hari ini dan berakhir Ahad (12 Julai).

        

Lelaki berusia 39 tahun dan wanita berusia 25 tahun itu sebelum ini ditahan reman selama empat hari bermula 29 Jun dan berakhir 2 Julai lepas, dan disambung tiga hari serta berakhir semalam untuk siasatan lanjut.    

    

Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah.

    

Kanak-kanak itu dilaporkan ditemui ibu kandungnya pada 24 Jun dalam keadaan wajahnya cengkung dan seluruh badannya lebam serta dipenuhi parut manakala tubuhnya membongkok dipercayai akibat patah tulang belakang dan rusuk.

        

Pada hari sama, kanak-kanak itu dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk rawatan dan berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

        

-Bernama

Lihat Komen
ADS