Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mukhriz: Tuduhan pada bapa saya tak adil
Diterbitkan:  Jul 6, 2015 3:30 PM
Dikemaskini: 8:20 AM

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir menafikan dakwaan bahawa bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad, di belakang serangan berterusan terhadap pengendalian kontroversi 1MDB oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Tegasnya tidak timbul langsung bapanya terlibat dalam menukar fakta atau emel.

"Itu satu dakwaan dan tuduhan yang sangat-sangat tidak adil," kata Mukhriz semasa berucap di majlis berbuka puasa di PWTC malam tadi.

Rakaman ucapan itu telah dimuat naik oleh seorang jurugambar bebas yang dikenali sebagai 'minaq Jinggo'.

Minggu lalu, Najib menuduh Mahathir bekerjasama dengan rakyat asing berhubung dakwaan perdana menteri mengambil dana negara untuk kepentingan peribadi.

Najib merujuk kepada laporan Wall Street Journal yang mendakwa hampir AS$700 juta telah disalurkan ke dalam akaun peribadinya daripada anak syarikat 1MDB.

Mukhriz turut menyangkal dakwaan bahawa Mahathir mempunyai sebarang hubungan dengan Xavier Andre Justo, bekas pekerja PetroSaudi International Ltd yang ditahan oleh pihak berkuasa Thailand kerana didakwa cuba untuk memeras ugut bekas majikannya.

Pihak berkuasa Malaysia mendakwa bahawa Justo telah menyerahkan dokumen-dokumen yang didakwa telah 'diubahsuai'  kepada pengkritik Najib, dan dengan itu, tuduhan terhadap 1MDB adalah palsu.

"Dan yang terbaru (dakwaan) melibatkan Justo, yang dikatakan dalang di sebalik menukar dokumen itu dan kononnya Tun Mahathir terlibat.

"Itu saya ingat, satu dakwaan yang sangat-sangat tak adil dan tak benar dan saya harap, tak panjanglah cerita itu," kata Mukhriz

.

[Baca berita penuh/asal]

Lihat Komen
ADS