Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Gangguan air di 244 kawasan pulih Rabu ini
Diterbitkan:  Jul 7, 2015 5:48 AM
Dikemaskini: Jul 7, 2015 4:24 AM

Gangguan bekalan air tidak berjadual di 244 kawasan di Hulu Langat dan Kuala Lumpur, dijangka pulih sepenuhnya Rabu ini, kata Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS).

Dalam satu kenyataan malam tadi, SYABAS berkata gangguan itu disebabkan kerosakan pam air mentah di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Hulu Langat, kelmarin.

 

"Kerosakan itu dikesan pada pukul 3 petang dan pihak operator LRA iaitu Puncak Niaga (M) Sdn Bhd, terpaksa mengurangkan pengeluaran air terawat untuk dibekalkan kepada sebanyak 402,333 pintu rumah di kawasan berkenaan," menurut kenyataan itu.

Di Kuala Lumpur, antara kawasan yang terjejas ialah Taman Taynton View, Taman Mutiara, Taman Supreme Jaya, Taman Bukit Hijau, Taman Connaught, Desa Tun Razak, Bandar Tun Razak, Taman Jaya, Taman Mulia, TUDM Sungai Besi, Jalan Lapangan Terbang, Jalan Chan Sow Lin, Jalan San Peng, Taman Cheras Utama, Taman Pandan Perdana, Taman Pandan Indah, Taman Pandan Mewah dan Taman Lembah Maju.

Di Hulu Langat, antara kawasan yang terjejas ialah kawasan Perindustrian Balakong, Taman Balakong Jaya, Taman Puncak Utama Seri Kembangan, Taman Bukit Belimbing, Bandar Tun Hussien Onn, Cheras Prima, Taman Kajang Mulia, Taman Kajang Prima, Taman Kajang Ria, Taman Seri Damai, Taman Villa Height, Taman Restu, Taman Saga Emas, Taman Sri Antan dan Indah Jaya.

SYABAS menasihatkan pengguna supaya menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan itu.

 

Pengguna boleh memuat turun aplikasi sistem mySYABAS atau melayari laman sesawang SYABAS iaitu www.syabas.com.my untuk maklumat berhubung kerja-kerja berjadual ini.

- Bernama

Lihat Komen
ADS