Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
TMJ: Jangan terpengaruh strategi 'pecah dan takluk'
Diterbitkan:  Jul 7, 2015 1:55 PM
Dikemaskini: 6:15 AM

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengingatkan rakyat negerinya supaya sentiasa bersatu dan tidak terpengaruh dengan strategi 'divide and conquer' (pecah dan takluk) oleh mana-mana pihak.

Menulis dalam Facebook Johor Southern Tiger , Tunku Ismail juga meminta rakyat Johor supaya tidak terpengaruh dengan provokasi yang dibuat sesetengah pihak berhubung penggunaan 'Bangsa Johor'.

Titah baginda, 'Bangsa Johor' merupakan warisannya dan dikenali sejak 1885, iaitu 72 tahun sebelum adanya Malaysia.

"Saya ingin mengingatkan Bangsa Johor untuk sentiasa bersatu. Ramai orang luar dan sesetengah pihak yang kurang senang melihat kita bersatu.

"Ada pula yang mahu buat provokasi dengan membuat kenyataan kenapa bukan Bangsa Malaysia... Kami berbangga dengan sejarah kami. Kami tidak kacau mana-mana pihak. Ini adalah asal usul sejarah Kami.

"Jikalau anda nak bangga dan panggil diri anda Bangsa Malaysia atau Lima Malaysia teruskan. Ia bukan satu jenayah," titah baginda

Sehubungan itu, Tunku Ismail mengingatkan supaya rakyatnya tidak berpecah-belah dan sentiasa bersatu seperti motto negeri itu kerana terdapat pihak tertentu yang kurang senang lihat rakyat bersatu.

"Ingatlah betapa kuatnya kita bila kita bersatu. Seperti mana nasihat dan motto negeri Johor "Muafakat itu Berkat. Allah Peliharakan Sultan". Johor mesti sentiasa jadi Johor," katanya lagi.

Lihat Komen
ADS