Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
LKS: 'Buka semula kes bunuh pengasas AmBank'
Diterbitkan:  Jul 7, 2015 6:23 PM
Dikemaskini: 6:02 PM

Pemimpin popular DAP Lim Kit Siang mengesa pihak polis membuka semula kes pembunuhan pengasas Ambank Hussein Ahmad Najadi.

Lim, anggota parlimen Gelang Patah, berkata perkara itu bagi memastikan kematian Hussein tiada kaitan dengan skandal 1MDB.

Beliau membuat gesaan itu selepas pasukan khas menyiasat dakwaan penyaluran wang 1MDB ke akaun perdana menteri dilapor membekukan enam akaun berkaitan siasatan itu.

“Saya gesa Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar membuka semula siasatan terhadap kes pembunuhan pengasas Ambank Hussein Ahmad Najadi yang dibunuh mati di siang hari di tengah-tengah Kuala Lumpur di Lorong Ceylon di Bukit Bintang pada July 29, 2013, untuk menentukan sama ada pembunuhan itu mempunyai kaitan dengan 1MDB,” kata Lim.

Hussein didakwa dibunuh empat bulan selepas transaksi dikatakan ke akaun Najib dibuat.

Tanore Finance Corp dilapor memindahkan AS$619,999,988 dan AS$60,999,988 ke dalam akaun bank didakwa milik Najib pada 21 dan 25 Mac.

Dalam kejadian itu, Hussain, 75, maut manakala isterinya cedera parah akibat ditembak dari jarak dekat di kawasan parkir kereta sejurus keluar dari tokong berkenaan selepas berunding mengenai urusan perjanjian tanah.

Seorang penarik kereta, Koong Swee Kwan telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur atas pertuduhan membunuh pengasas Najadi.

Lihat Komen
ADS