Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PKR akan fail saman batal kemenangan BN
Diterbitkan:  Jul 8, 2015 12:56 PM
Dikemaskini: 5:01 AM

PKR akan memfailkan saman sivil untuk membatalkan kemenangan di kerusi-kerusi BN dalam pilihan raya umum lalu susulan laporan dana 1MDB digunakan untuk kempen pilihan raya.

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata saman itu akan difailkan secepat mungkin.

Katanya laporan itu menimbulkan persoalan berhubung kewibawaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, BN dan Umno untuk mentadbir negara ini.

“Laporan WSJ ( The Wall Street Journal ) dan Sarawak Report menyebabkan rakyat Malaysia terpaksa bergelut untuk keluar daripada tuduhan itu,” katanya.

Anggota parlimen Lembah Pantai itu berkata mereka akan mengheret perkara itu ke mahkamah kerana percaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak akan mengambil apa-apa tindakan.

WSJ sebelum ini melaporkan AS$700 juta (RM2.6 bilion) dari dana 1MDB dideposit ke dalam akaun bank peribadinya sebelum pilihan raya umum ke-13.

Najib telah memulakan tindakan undang-undang terhadap WSJ berkaitan laporan itu.

Bagaimanapun, ia bukan surat tuntutan seperti kebiasaan, sebaliknya peguam Najib menghantar e-mel kepada Dow Jones, pemilik WSJ, meminta penerbitan itu mengesahkan sama ada mempertahankan laporannya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS