Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Jabatan Audit Negara hari ini membentangkan penemuan awal daripada audit 1MDB kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Mesyuarat PAC berlangsung di kompleks parlimen dan pembentangan bermula pada jam 10.15 pagi dan dijangka berpanjangan hingga ke petang.

Antara yang hadir Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed, Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang serta anggota parlimen daripada kedua-dua belah pihak – kerajaan dan pembangkang.

Nur Jazlan sebelum ini berkata penemuan awal itu akan dibuka kepada capaian umum.

Beliau juga berkata ia hanya bagi membantu PAC yang turut menjalankan siasatan sendiri terhadap 1MDB.

Bagaimanapun, lebih banyak laporan lengkap akan dibentangkan di parlimen dan diumumkan selepas ketua audit negara menyempurnakan siasatan.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS