Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Selepas ditutup akibat insiden keganasan di Plaza Low Yat Kuala Lumpur semalam, pusat jualan barangan elektronik itu kembali beroperasi seperti biasa pagi ini.

Pemerhatian Malaysiakini mendapati pekedai kembali sibuk melayan pelanggan selain mempromosikan barangan mereka.

Suasana tawar-menawar kembali kembali menjadi fenomena biasa.

Bagaimanapun, selepas menjadi sasaran sebelum ini, kedai telefon bimbit jenama Oppo masih belum memulakan kembali operasinya.

Seorang pekerja kedai yang hanya mahu dikenali sebagai Kumar berkata beliau rasa selamat untuk memulakan tugas selepas kebanyakan kedai menyambung perniagaan seperti biasa.

“Saya rasa lebih selamat sekarang. Hari minggu memang bahawa. Ahad paling teruk.

“Bos saya telefon pada jam 2 pagi suruh jaga stok (barang),” kata pekerja sambilan 19 tahun itu kepada Malaysiakini.

Begitu juga dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai Eris.

Katanya, selepas enam tahun bekerja di sebuah kedai di situ, beliau hari ini dapat melayan pelanggan dengan selesa.

“Hari ini paras keselamatan 90 peratus, peratus takut saya cuma 10 peratus,” katanya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS