Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Prihatin dengan nasib 150 pelajar Terengganu di Kuala Lumpur dan Lembah Klang yang gagal mendapat tiket bas untuk pulang ke kampung untuk menyambut Aidilfitri, kerajaan negeri menyediakan bas percuma untuk mereka.

Mereka selamat tiba di Kuala Terengganu awal pagi ini dengan empat buah bas hasil inisiatif Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu.

Pengurus program berkenaan Nasiruddin Mohamad berkata pihaknya mengambil inisiatif itu selepas membaca keluhan dan kesedihan mereka melalui laman sosial Facebook.

"Alhamdulillah, program ini mendapat kerjasama penuh daripada Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman yang mahu kesemua mereka dibawa pulang untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga tersayang," katanya kepada pemberita selepas menyambut ketibaan 150 pelajar itu.

Turut hadir menyambut ketibaan mereka ialah setiausaha politik kepada Menteri Besar iaitu Dr Rozailan Ibrahim dan Rusdi Muda. Sejurus tiba, pelajar berkenaan diraikan dalam majlis bersahur sebelum dijemput keluarga masing-masing.

Nasiruddin berkata sebelum ini pihaknya hanya menghantar bas untuk membawa pulang pelajar ke Terengganu kepada universiti yang membuat permohonan sahaja.

- Bernama

Lihat Komen
ADS