Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kereta ke utara dijangka meningkat petang ini

Aliran trafik di lebuh raya PLUS ke arah utara dilaporkan sesak berikutan peningkatan jumlah kenderaan tengah hari ini.

Menurut jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus Hotline, setakat 1.30 tengah hari, aliran trafik ke utara bergerak perlahan dari Slim River ke Sungkai, Bidor ke Tapah, Tapah ke Gopeng, Jelapang ke Terowong Menora, Jawi ke Bandar Cassia, Ipoh ke Sungai Perak, Bandar Baru ke Juru dan Kuala Kangsar ke Changkat Jering.

Bagi arah selatan pula, aliran trafik dilaporkan masih lancar, katanya kepada Bernama di sini.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) melaporkan aliran trafik ke pantai timur bergerak perlahan.

"Jumlah kenderaan dijangka meningkat lebih banyak pada sebelah petang," katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

- Bernama

Lihat Komen
ADS