Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Diheret ke mahkamah, Ali laungkan 'hidup Melayu'

Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) Selangor dan Wilayah Persekutuan Mohd Ali Baharom didakwa di mahkamah bawah Akta Hasutan 1948 kerana ucapan yang dikatakan perkauman dalam rusuhan Low Yat pada Ahad.

Peguam K Ragunath memberitahu Malaysiakini , Mohd Ali, yang lebih dikenali sebagai Ali Tinju, dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Ali dibenarkan ikat jamin dengan syarakat dia tidak mengganggu saksi lain dalam kes rusuhan di Low Yat pada Ahad.

Jika gagal, kata hakim Jagjit Singh, jaminan itu boleh ditarik balik.

Jaminan ditetapkan pada harga RM8,000 dengan seorang penjamin. Tarikh sebutan kes ditetapkan pada 30 Julai ini.

Ali mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan bawah pertuduhan Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 kerana membuat kenyataan mengapi-apikan di luar plaza itu.

Jika sabit kesalahan dia boleh dipenjara tidak kurang tiga tahun dan tidak lebih tujuh tahun.

Selepas dibebaskan dia dan beberapa orang lai melaungkan slogan “hidup Melayu” di perkarangan kompleks mahkamah.

Dia enggan memberikan sebarang ulasan kepada media.

Lihat Komen
ADS