Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis: Pemimpin pembangkang jumpa Justo dikenal pasti

Identiti pemimpin pembangkang yang bertemu dengan bekas pengarah PetroSaudi International, Xavier Andre Justo, telah dikenalpasti oleh pihak polis, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri  Khalid Abu Bakar.

Beliau menggesa individu berkenaan, yang beliau enggan namakan, untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa atau berdepan direman polis.

Khallid berkata, pihaknya telah mengenal pastinya dan akan memanggil individu tersebut.

Beliau memberitahu media demikian ketika ditemui di majlis rumah terbuka sambutan hari raya Aidilfitri di ibupejabat polis Bukit Aman.

Beliau ditanya sama ada pihak polis tahu identiti pemimpin pembangkang yang didakwa telah bertemu dengan Justo.

Semalam, polis Thailand berkata Justo telah bertemu dengan seorang anggota pembangkang Malaysia dan juga seorang hartawan media Malaysia sebelum didakwa menjual maklumat syarikat PetroSaudi kepada mereka.

[Baca berita penuh/asal]

Lihat Komen
ADS