Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai mempertahankan tindakan kerajaan menyekat akses laman web pembocor maklumat Sarawak Report.

Ditanya mengenai sekatan dan sama ada ia melanggar jaminan kerajaan untuk tidak menapis internet, Liow berkata bahawa semua orang termasuk pengguna internet masih mempunyai tanggungjawab.

"Media mempunyai kebebasan untuk melaporkan kebenaran, tetapi sudah pasti tiada kebebasan untuk mereka-reka berita.

"Sama ada media cetak atau Sarawak Report, mereka mesti patuh dengan etika profesionalisme dan intergriti laporan berita dan melaporkan apa yang benar," kata beliau dalam sidang medianya hari ini.

Liow juga berkata tanggungjawab itu kini Sarawak Report untuk membersihkan isu sama ada ia mempunyai dokumen palsu untuk artikel, yang mengkritik 1MDB.

Malaysiakini dlarang hadir dalam sidang media yang diadakan di ibu pejabat MCA di Kuala Lumpur.

[baca berita asal]

Lihat Komen
ADS