Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pemilik laman Facebook 'Papagomo Original', yang menuduh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar kerana meminta rasuah berhubung rusuhan di Plaza Low Yat, telah ditangkap.

"Syabas Jabatan Siasatan Jenayah D5 berjaya tangkap Papagomo Original di Perak," tulis beliau dalam Twitter nya.

Sebelum itu, beliau juga menafikan berkomunikasi dengan 'Papagomo Original'.

"Saya tak ada whatsapp dengan dia. Itu fitnahnya.

"Saya menafikan (bahawa) saya pernah ber whatsapp dengan orang ini ataupun beruk ini," katanya kepada wartawan di Shah Alam pagi ini.

Beliau turut menjeaskan bahawa pegam kepada penulis blog Wan Muhammad Azri Wan Deris, yang menguruskan blog asli Papagommo, telah membuat laporan polis menafikan anak guamnya mempunyai kaitan dengan laman 'Papagomo Original'.

"Peguamnya telah buat laporan. Kita sedang menyiasat tuan punya (Papagomo Original). Biarlah kami menyiasat," katanya.

Wan Muhammad antara tiga individu yang disiasat bawah Akta Hasutan berhubung rusuhan di luar Plaza Low Yat.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS