Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini berkata, dia tidak mempunyai kuasa memecat Tony Pua daripada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) seperti didesak sesetengah pihak.

Kata Pandikar, tindakan itu tidak dapat diambil selagi Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkenaan tidak dibuktikan sebagai individu yang bertemu bekas eksekutif PetroSaudi International (PSI) Xavier Justo di Bangkok.

"Saya tidak mempunyai kuasa memecat sesiapa," katanya.

Justo ditangkap polis Thai kerana disyaki memeras ugut bekas majikannya baru-baru ini.

Polis Thai berkata, dua ahli politik Malaysia dari kerajaan dan pembangkang bertemu Justo mengenai dokumen berkenaan yang mengaitkan perdana menteri dengan dana 1MDB.

Kerajaan mendakwa maklumat diperoleh daripada Justo diubah suai dalam usaha pihak tertentu memburuk-burukkan imej Datuk Seri Najib Razak.

Kata Pandikar, hanya parlimen - yang meluluskan nama anggota PAC - boleh menyingkirkan ahli badan berkenaan.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS