Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pengarah SRC pula dihalang keluar negara
Diterbitkan:  Jul 23, 2015 10:40 AM
Dikemaskini: 3:21 AM

Pengarah urusan SRC International Nik Faisal Ariff Kamil merupakan antara individu yang dilarang meninggalkan negara.

Laporan The Star mengesahkan perkara itu berdasarkan satu semakan di laman Jabatan Imigresen.

Laporan The Sun pula menyebut, Nik Faisal kini berada di luar negara dan tidak dapat dikesan.

Nik Faisal dikaitkan dengan tuduhan berhubung deposit wang sebanyak RM2.6 bilion ke akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Nik Faisal, 44, merupakan bekas ketua pegawai pelaburan 1MDB.

SRC International merupakan salah sebuah anak syarikat 1MDB sebelum diambil alih oleh Kementerian Kewangan pada 2012.

Dua pemimpin pembangkang, MP Petaling Jaya Utara Tony Pua dan MP Pandan, Rafizi Ramli semalam dilaporkan disekat daripada meninggalkan negara.

Turut disekat ialah pemilik The Edge Media Group, Tong Kooi Ong.

Ketiga-tiganya disiasat mengikut Seksyen 124 Kanun Keseksaan berhubung aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen.

Setakat ini masih belum dapat disahkan jika Nik Faisal turut disiasat mengikut peruntukan sama.

[Berita penuh menyusul]

Lihat Komen
ADS