Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mendakwa, BN kini tidak teragak-agak bertindak terhadap pembangkang dalam isu 1MDB kerana mereka mendapat sokongan daripada PAS.

"Saya mengucapkan tahniah kepada BN kerana mendapat sokongan daripada PAS dan (Datuk Seri) Abdul Hadi Awang," kata Lim pada sidang media di George Town hari ini.

Lim berkata demikian sebagai mengulas larangan ke luar negara oleh pihak berkuasa terhadap ahli parlimen Petaling Jaya Utara dari DAP, Tony Pua dan Rafizi Ramli (Pandan) serta pemilik kumpulan media The Edge, Tong Kooi Ong.

Menurut Lim, larangan perjalanan itu merupakan percubaan kerajaan menutup skandal 1MDB dan 'mulut' pihak yang mendedahkan skandal kewangan terbesar melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau turut menyifatkan ketiga-tiga pihak tersebut - Pua, Rafizi dan Tong - sebagai pemberi maklumat berhubung skandal 1MDB itu.

"Jika ada orang yang patut dihalang untuk keluar daripada negara ini, orang itu sepatutnya ialah suspek utama yang terlibat dengan skandal ini.

"Kenapa suspek utama tidak dihalang? Ini tidak adil dan memberi gambaran bahawa hanya pemberi maklumat yang akan menjadi mangsa," kata Lim yang juga Setiausaha Agung DAP.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS