Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Pengarang Sarawak Report , Clare Rewcastle-Brown hari ini berkata, dia tidak terbabit dalam cubaan Tong Kooi Ong mengelirukan bekas eksekutif PetroSaudi International Ltd (PSI) Xavier Andre Justo bagi mendapatkan data berkaitan syarikat itu.

Dihubungi Malaysiakini , Clare berkata Tong membayangkan kepada Justo bahawa pemilik The Edge itu akan membuat bayaran.

"Tetapi apabila didapati mereka tidak membayar Justo, saya terpaksa berdepan dengan kekecewaan dia (Justo). Saya tak mahu terbabit tetapi menawarkan diri untuk cuba menyelesaikan masalah itu," katanya.

Bagaimanapun kata Clare dia gagal menjadi orang tengah dalam kemelut berkenaan.

Tong sebelum ini mengaku "mengelirukan" Justo dalam usaha memperoleh dokumen yang boleh mendedahkan "butiran meragukan" mengenai agensi tajaan kerajaan, 1MDB.

Petang tadi Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan arahan menggantung dua akhbar cetak kumpulan media Tong - T he Edge Financial Daily dan The Edge Weekly - selama tiga bulan mulai 27 Julai ini.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS