Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pengarah Perwaja Steel didakwa langgar peraturan LHDN
Diterbitkan:  Jul 27, 2015 4:30 PM
Dikemaskini: 12:40 PM

Seorang pengarah Perwaja Steel Sdn Bhd dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kemaman hari ini atas dakwaan melanggar peraturan Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Menurut satu kenyataan dari firma guaman Gan dan Zul, laporan Bernama mengenainya telah tersilap menyatakan bahawa pengarah Perwaja Tan Sri Pheng Yin Huah, 67, didakwa atas tuduhan pecah amanah sedangkan sebenarnya dia didakwa melanggar 17 peraturan Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Pheng tidak hadir dan diwakili oleh penasihat undang-undangnya, Victor Teoh, yang minta dibicarakan terhadap dakwaan itu.

Dalam prosiding di hadapan Majistret Rofiah Mohamad, Teoh juga meminta perkara itu diselesaikan di luar mahkamah.

Kesalahan itu didakwa dilakukan hasil lawatan audit oleh LHDN Kuala Terengganu pada 25 Jun tahun lepas.

Pendakwaan dikendalikan oleh pegawai pendakwa LHDN, Mohd Arif Zaini dan Zulhasymi Mohammad.

Mahkamah menetapkan 24 Ogos untuk sebutan semula kes.


Nota pengarang: Laporan di atas oleh Malaysiakini membetulkan laporan silap oleh Bernama sebelum ini. Kami kesal atas sebarang kesulitan yang timbul.

[Baca berita penuh/asal]

Lihat Komen
ADS