Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Umno Johor mahu suara akar umbi didengari
Diterbitkan:  Jul 28, 2015 7:25 AM
Dikemaskini: Jul 28, 2015 12:50 AM

Umno Johor mahu suara akar umbi sentiasa didengari terutama ketika parti kini berhadapan dengan cabaran getir.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata sebagai sebuah parti yang terbuka, Umno dan BN tidak akan menahan sesiapa untuk menyuarakan pandangan masing-masing.

"Pokoknya, saya percaya pelbagai pihak ada pandangan dan ingin menyuarakan pendapat masing-masing.

"Malah sebagai sebuah parti yang terbuka, kita tak akan menahan sesiapa daripada berkata apa sahaja... kita ambil sikap terbuka," katanya.

Beliau memberitahu pemberita demikian selepas majlis menandatangani perjanjian usahasama pembangunan hab latihan kemahiran teknikal dan vokasional yang bakal dibangunkan di daerah Kota Tinggi semalam.

Mohamed Khaled, yang juga menteri besar Johor, berkata demikian ketika mengulas cabaran politik yang sedang melanda Umno dan kerajaan BN terutama berkisar isu 1MDB.

Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berucap menutup mesyuarat perwakilan Umno nahagian Cheras, menggesa kerajaan segera memberi penjelasan muktamad berhubung kontroversi membabitkan 1MDB bagi menamatkan kekeliruan rakyat dan memastikan isu itu tidak menjadi beban kepada Umno.

- Bernama

Lihat Komen
ADS