Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PMO sambut baik penilaian terkini S&P
Diterbitkan:  Jul 28, 2015 11:50 AM
Dikemaskini: 3:59 AM

Pejabat Perdana Menteri (PMO) menyatakan rasa puas hati dengan pengesahan penarafan kredit Standard & Poor's (S&P) dalam pelbagai kategori 'A' bagi penarafan kredit jangka pendek dan jangka panjang bagi Malaysia.

Dalam catatan terkini di Facebook malam tadi, PMO berkata agensi penarafan itu juga mengesahkan penarafan 'axAAA/axA-1+' bagi penarafan skala rantau ASEAN bagi Malaysia.

"Agensi penarafan itu juga percaya defisit fiskal Malaysia dan hutang kerajaan adalah sederhana, dengan mengambil kira 'kedudukan luar negeri yang kukuh' dan 'fleksibiliti kewangan yang agak besar'," katanya.

PMO menyatakan bahawa bagi 2015, S&P menjangka kedudukan semasa ringgit dapat meningkatkan eksport barangan perkilangan dan sebahagiannya mengimbangi kesan pendapatan negara yang lebih rendah daripada harga minyak yang lemah.

Menurut PMO, S&P berpendapat bahawa ia "tidak percaya liabiliti luar jangka kerajaan" dalam hal kedudukan hutang fiskal akan "menjadi kenyataan dengan ketara".

Di samping itu, S&P berpendapat kedudukan hutang kerajaan meningkat kepada 49 peratus daripada keluaran dalam negara kasar pada tahun 2013 dengan hutang awam turun secara beransur-ansur selepas itu.

"Kami juga berbangga S&P mengesahkan langkah-langkah kewangan dan ekonomi yang dilaksanakan kerajaan setakat ini, menyatakan bahawa langkah-langkah ini telah dan dijangka terus 'berkesan' dan 'dasar yang baik," demikian menurut PMO.

- Bernama

Lihat Komen
ADS