Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Wartawan penuhi PMO nanti berita kabinet
Diterbitkan:  Jul 28, 2015 1:21 PM
Dikemaskini: 6:05 AM

Pejabat Perdana Menteri (PMO) kini dipenuhi wartawan tempatan dan asing apabila dipercayai pengumuman mengenai rombakan kabinet akan dibuat hari ini.

Wartawan dibenarkan berada dalam bilik sidang media selepas menunggu hampir sejam di luar.

Sidang media dijangka diadakan pada bila-bila masa.

Khabar mengenai kemungkinan itu bertiup lebih kencang selepas kerajaan mengumumkan penamatan perkhidmatan Abdul Gani Patail sebagai peguam negara pagi tadi.

Tengah malam tadi pula Utusan Online melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak difahamkan menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah bagi mempersembahkan senarai rombakan kabinet.

Utusan bagaimanapun berkata sumber yang rapat dengan perdana menteri semasa dihubungi menjelaskan, "spekulasi tetap spekulasi" dan akhirnya Najib yang akan membuat keputusan mengenainya.

Laman sesawang Kelab Penyokong Kerajaan BNBBC pula melaporkan, perdana menteri tidak akan membuat sebarang pengumuman rombakan kabinet hari ini.

Menurut bnbbc.my, perkara itu disahkan oleh sumber Pejabat Perdana Menteri, pagi ini.

Jika ada, kata mereka, pengumuman seperti itu mungkin akan dibuat pada Rabu atau Jumaat.

[Berita penuh menyusul]

Lihat Komen
ADS