Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PAS tunggu laporan negeri isu Harapan Baru
Diterbitkan:  Jul 28, 2015 11:00 PM
Dikemaskini: 3:03 PM

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengingatkan semua anggota PAS supaya jangan melibatkan diri dengan Gerakan Harapan Baru (GHB) yang digerakkan bekas pemimpin kanan mereka.

Katanya, anggota parti Islam itu harus patuh pada ingatan itu jika tidak mahu dikenakan tindakan selain keanggotaan digugurkan, lapor Bernama.

"Kita tunggu laporan lengkap daripada negeri-negeri sebelum mengambil tindakan, kita tidak boleh ambil tindakan berdasarkan maklumat yang dilaporkan di media sahaja," beliau dipetik sebagai berkata.

Anggota parlimen Marang itu juga berkata, pimpinan pusat PAS yang dipilih pada muktamar parti Jun lepas masih mendapat sokongan akar umbi.

Katanya, kesimpulan itu dibuat berdasarkan pertemuan beliau dengan kepimpinan di beberapa negeri.

"Kita mendapat respons yang sangat baik dengan lebih 80 peratus pimpinan akar umbi menyatakan sokongan kepada pimpinan pusat yang ada," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat harian Jawatankuasa PAS di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur.

Lihat Komen
ADS