Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Cari pasukan kuat, bukan pemain handalan saja'
Diterbitkan:  Jul 29, 2015 11:55 AM
Dikemaskini: 3:57 AM

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyamakan rombakan kabinet semalam amalan dalam sesebuah pasukan bola sepak.

Katanya, dalam kes itu, pertukaran pemain perlu dibuat bagi memantapkan lagi pasukan dan terus menunjukkan prestasi baik.

Katanya lagi, pemimpin baru perlu melaksanakan tanggungjawab masing-masing manakala pemimpin yang digugurkan, pula harus menerima hakikat itu lapor Utusan Malaysia.

“Bagi kami sebagai ahli politik, ini umpama pasukan bola sepak, pengurus mestilah memikirkan pasukan yang kuat, boleh bermain secara berpasukan bukan soal pemain handalan sahaja.

“Jadi, dalam soal ini, kita mesti menerima pengurus boleh memasukkan pemain baharu dan mengeluarkan yang lama meskipun dia adalah pemain handalan,” beliau dilaporkan sebagai berkata.

Tambahnya lagi, rombakan itu bukan untuk diraikan, sebaliknya tanggungjawab yang diberikan oleh perdana menteri kepada pemimpin untuk bekerja keras menguatkan kembali parti dan kerajaan.

Beliau mengulas rombakan kabinet yang menyaksikan pertukaran pemimpin dalam kerajaan termasuk jawatan timbalan perdana menteri yang kini dipegang Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Lihat Komen
ADS