Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pemimpin Umno WP: Dr M sayang Umno
Diterbitkan:  Jul 29, 2015 1:00 PM
Dikemaskini: 5:09 AM

Pemimpin lantang Umno Wilayah Persekutuan Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menasihatkan anggota parti agar tidak mengecam mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad banyak berjasa kepada kepentingan rakyat dan negara.

“Sebagai bekas perdana menteri apa yang dilakukan Tun Dr Mahathir kerana sayangkan Umno.

“Beliau tidak mahu kerana isu-isu yang berlaku ini akan menjejaskan kepercayaan rakyat kepada parti keramat ini,” katanya seperti dilaporkan blog Umno Cheras.

Malah beliau turut menyentuh tindakan stesen TV3 yang mengutip bekas-bekas pemimpin pembangkang bagi mengecam Mahathir.

Katanya pemimpin pembangkang itu sendiri tidak membuat jasa kepada negara sepertimana dilakukan Mahathir.

Mahathir sebelum ini melancarkan serangan ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung pelbagai isu melibatkan syarikat pelaburan negara 1MDB.

Menurut blog Umno Cheras, Syed Ali  juga berkata 1MDB akan menyebabkan terhakisnya kepercayaan rakyat terhadap kerajaan dan parti.

Sementara itu, Syed Ali berkata semua anggota Umno harus memegang prinsip yang jelas dalam parti dan tidak mengamalkan budaya membodek sehingga menghancurkan masa depan parti parti.

Tambahnya, apabila terdapat individu yang mahu menutup kelemahan serta kekurangan parti boleh mendatangkan kemudaratan kepada Umno.

Lihat Komen
ADS