Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Peguam negara yang baru Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata beliau tidak dapat mengulas sama ada pasukan khas menyiasat isu 1MDB akan meneruskan tugas atau sebaliknya buat masa ini.

“Saya belum lihat kertas siasatan dan tidak baik untuk saya ulas perkara itu.

“Biar saya lihat dulu,” kata Apandi menjawab soalan Malaysia, sebelum meletakkan telefonnya.

Setakat ini, lima orang sudah diheret ke mahkamah oleh pasukan itu minggu lepas. Individu kelima, seorang penghantar surat dibebaskan dengan jaminan RM50,000 hari ini.

Begitu juga dengan seorang pemilik syarikat, dua pengarah dan pengarah urusan syarikat yang direman yang juga sudah dibebaskan dengan jaminan.

Malaysiakini mengajukan soalan itu susulan kebimbangan pelbagai pihak, termasuk pembangkang dan Majlis Peguam, terhadap tindakan mengejutkan ketua setiausaha negara Tan Sri Ali Hamsa yang menggugurkan Gani tiga bulan sebelum persaraan atas alasan keselamatan.

Sumber-sumber polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika dihubungi hari ini dan semalam juga enggan mengulas berhubung siasatan itu tanpa Gani.

Pasukan itu turut dianggotai oleh Bank Negara Malaysia.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS