Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tak sepakat soal serpihan 'MH370'
Diterbitkan:  Jul 30, 2015 12:00 PM
Dikemaskini: 4:48 AM

Penganalisis berbeza pandangan sama ada serpihan yang ditemui di La Reunion Island, berhampiran Madagascar, berpunca daripada pesawat Malaysia yang hilang MH370.

Canberra Times melaporkan penyiasat Amerika Syarikat percaya objek itu berasal daripada pesawat Boeing 777, berdasarkan keterangan gambar dan video.

“Penyiasat berkata tiada lagi Boeing 777 yang diketahui hilang, yang mencadangkan bahawa serpihan itu daripada pesawat yang hilang,” menurut laporan itu.

Bagaimanapun, pakar penerbangan Perancis dan pakar kaji jenayah Christophe Naudin pula berpandangan bahawa objek itu terlalu kecil untuk pesawat seperti MH370.

“Ia mungkin (pesawat) enjin berkembar ringan,” kata Naudin seperti dilaporkan oleh L'info a La Reunion .

Beliau berkata serpihan itu boleh jadi daripada pesawat Piper yang terhempas pada 2006.

Dari insiden 2006, 2009?

Airlive.net , sebuah laman web maklumat mengenai industri penerbangan, memuat naik gambar serpihan sayap dengan persoalan sama ada ia daripada MH370.

Selain daripada serpihan yang mungkin cebisan MH370 yang dilaporkan hilang di Lautan Hindi,

Ia juga melaporkan bahawa penyiasat meletakkan kebarangkalian bahawa ia mungkin datang daripada kemalangan sebuah enjin kembar yang terhempas pada 4 Mei 2006 dekat dengan pantai di selatan pulau itu.

Terdapat juga kemungkinan ia sebahagian serpihan A310 Yemenia yang terhempas di luar Comoros pada Jun 2009.

  

Penerbangan MH370 hilang daripada imbasan radar pada 8 Mac tahun lepas semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal.

  

Pada 29 Jan tahun ini, kerajaan Malaysia secara rasmi mengisytiharkan insiden itu sebagai kemalangan berdasarkan peraturan penerbangan antarabangsa dan kesemua 239 orang yang menaiki pesawat itu dianggap terkorban.

[Baca lanjut di blog MH370]

Lihat Komen
ADS