Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rusia veto resolusi bentuk tribunal MH17
Diterbitkan:  Jul 30, 2015 1:48 PM
Dikemaskini: 5:53 AM

Rusia memveto resolusi Majlis Keselamatan Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) semalam untuk membentuk tribunal jenayah antarabangsa susulan insiden menembak jatuh pesawat Malaysia MH17 tahun lalu.

Rusia memveto atas alasan perkara itu, untuk menjaga keselamatan dan keamanan, tidak berada bawah mandat PBB, kata duta Rusia ke PBB Vitaly Churkin.

“Kami sudah berulang kali sebut bahawa kami tidak sokong pembentukan tribunal ini... Tiada sebarang alasan untuknya,” kata Churkin.

Majlis itu sebulat suara mengguna pakai Resolusi 2166 beberapa hari selepas MH17 ditembak jatuh, mengecam insiden itu dan meminta siasatan menyeluruh dan siasatan bebas selaras dengan ketetapan penerbangan awam antarabangsa.

Resolusi itu meminta semua negara memberikan kerjasama penuh kepada siasatan antarabangsa dan mahukan pihak yang melakukannya bertanggungjawab.

Semua 298 penumpang dan anak kapal penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terkorban apabila pesawat itu ditembak jatuh di Donetsk di timur Ukraine pada 17 Julai tahun lepas.

Lihat Komen
ADS