Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Penganjur Nothing2Hide: Tak perlu ucap tahniah
Diterbitkan:  Jul 30, 2015 3:22 PM
Dikemaskini: 7:24 AM

Sehari selepas rombakan kabinet, penganjur Nothing2Hide yang berundur daripada Umno baru-baru ini tampil mengingatkan semua pihak kepada keperluan beramanah ketika tugas.

Mantan naib ketua Pemuda Umno Johor, Khairul Anwar Rahmat mengingatkan kepimpinan negara bahawa setiap pelantikan jawatan pemimpin adalah amanah dan bukan hadiah.

"Kita haruslah selalu ingat-mengingati bahawa, setiap pelantikan jawatan pemimpin mestilah diinsafi sebagai taklif (amanah) bukannya tasyrif (kemasyuran),” katanya dalam kenyataan kepada Malaysiakini.

Justeru, beliau berkata adalah  kurang tepat mengucapkan tahniah kepada pemegang jawatan kerana ia seolah-olah berjaya mencapai sesuatu kemenangan.

"Ucapan yang paling baik sudah tentulah selamat bertugas atau selamat berkhidmat,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas perlucutan jawatan timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam rombakan kabinet yang diumumkan Perdana Menteri Datuk seri Najib Razak semalam.

Pada pengumuman rombakan kabinet itu Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggantikan Muhyiddin sebagai timbalan perdana menteri.

Lihat Komen
ADS