Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Mesyuarat PAC ditangguh hingga pengerusi baru dilantik'
Diterbitkan:  Jul 31, 2015 8:14 AM
Dikemaskini: 12:34 AM

Mesyuarat yang melibatkan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) ditangguhkan dan hanya akan diadakan semula selepas pelantikan pengerusinya yang baharu, kata Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Beliau berkata ia adalah selaras dengan kehendak Peraturan Mesyuarat 77 Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

"Saya selaku Yang Dipertua Dewan Rakyat mengambil maklum mengenai pelantikan Datuk Nur Jazlan Mohamed sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri dan tiga lagi Ahli Dewan Rakyat iaitu Datuk Wilfred Madius Tangau, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, masing-masing sebagai Menteri dan Timbalan Menteri dalam senarai Kabinet Persekutuan yang baru," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Pandikar berkata pelantikan itu menyebabkan jawatan pengerusi dan ahli Jawatankuasa di dalam PAC menjadi kosong selaras dengan Peraturan Mesyuarat 77 (4) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

"Bagi mempengerusikan mana-mana mesyuarat PAC, seorang pengerusi hendaklah dilantik oleh majlis terlebih dahulu dan ia hendaklah dibuat melalui satu usul yang dikemukakan oleh seorang menteri di dalam majlis mesyuarat untuk diputuskan," katanya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS