Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kadar pengangguran S'pura naik 2 peratus
Diterbitkan:  Jul 31, 2015 8:40 AM
Dikemaskini: 1:24 AM

Kadar pekerjaan Singapura berkembang sederhana manakala kadar pengangguran meningkat sedikit dalam keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan, demikian menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM) republik itu.

Penemuan awal daripada laporan "Situasi Pekerjaan, Suku Kedua 2015 " yang dikeluarkan oleh Jabatan Penyelidikan dan Perangkaan Tenaga Manusia MOM menunjukkan kadar sederhana dalam pekerjaan berbanding pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar yang perlahan pada suku kedua 2015.

Kadar pengangguran meningkat selepas mengalami trend menurun sejak empat suku tahunan, tetapi kekal rendah.

Kadar pemberhentian terus susut bagi suku kedua berturut-turut.

Anggaran awal menunjukkan bahawa keseluruhan pelarasan bermusim kadar pengangguran menokok kepada 2.0 peratus pada Jun 2015 daripada 1.8 peratus pada Mac 2015.

Pengangguran dalam kalangan residen naik kepada 2.8 peratus daripada 2.5 peratus dan warga negara (kepada 2.9 peratus daripada 2.6 peratus).

Keadaan ini sama dengan keadaan pengangguran tahun yang lalu, pada Jun 2014).

Pertumbuhan pekerjaan dalam separuh pertama 2015 sederhana berbanding setahun yang lalu.

- Bernama

Lihat Komen
ADS