Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'GHB tak patut pecah undi di S'wak'
Diterbitkan:  Jul 31, 2015 2:47 PM
Dikemaskini: 7:08 AM

Gerakan Harapan Baru (GHB) tidak sepatutnya memecahkan undi Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak yang akan datang sekiranya ia ikhlas mahu mengukuhkan kedudukan pembangkang di negara ini.

Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata tindakan gerakan itu yang ingin meletakkan calon dalam pilihan raya tersebut dilihat lebih cenderung 'mengganggu' undi Pakatan berbanding Barisan Nasional (BN).

"Sekiranya GHB benar-benar ikhlas dengan agenda mereka dalam dunia politik, mereka sepatutnya lebih fokus untuk menarik pengundi BN dan yang atas pagar, bukan Pakatan.

"Kita (GHB dan Pakatan) sedang berdepan dengan BN dan pada pendapat saya, kita tidak sepatutnya memecahkan undi pembangkang," katanya kepada pemberita ketika ditemui di majlis sambutan Aidilfitri PAS Selangor di Shah Alam malam tadi.

Iskandar berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan GHB Sarawak sebelum ini, yang bersedia meletakkan calon dalam pilihan raya negeri itu yang akan datang.

Tempoh penggal Dewan Undangan Negeri Sarawak ketika ini adalah sehingga Jun 2016.

- Bernama

Lihat Komen
ADS