Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
SPRM juga nafi kertas pertuduhan terhadap PM
Diterbitkan:  Jul 31, 2015 3:50 PM
Dikemaskini: 7:56 AM

Tidak ada draf kertas pertuduhan berkenaan dengan siasatan pasukan petugas khas mengenai SRC International, kata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dalam satu kenyataan hari ini, suruhanjaya itu berkata kertas siasatan berkaitan isu SRC International Sdn Bhd masih belum dihantar ke Pejabat Peguam Negara.

"Siasatan berkaitan SRC International masih berjalan. Oleh itu, tidak timbul isu sudah ada draf kertas pertuduhan berkaitan kes yang sedang disiasat ini," kata SPRM.

Kenyataan SPRM itu merujuk kepada laporan Sarawak Report semalam bahawa Abdul Gani Patail ditamatkan perkhidmatannya sebagai AG kerana beliau di ambang mendakwa Najib.

Laman web pemberi maklumat itu menyiarkan satu dokumen yang didakwa sebagai satu draf kertas pertuduhan.

SPRM berkata ia masih mengesan beberapa saksi penting untuk membantu siasatan.

Pada masa yang sama, SPRM menekankan bahawa suruhanjaya itu tidak akan mendedahkan apa-apa maklumat berkaitan hasil siasatan kepada mana-mana pihak kerana ia satu tindakan bertentangan dengan undang-undang.

SPRM juga mengulangi bahawa tanggungjawabnya adalah menjalankan siasatan berhubung kes-kes rasuah, dan bukannya bertujuan untuk menjatuhkan mana-mana pihak termasuk Kerajaan.

Pengganti Abdul Gani, Tan Sri Mohamed Apandi Ali juga berkata draf kertas pertuduhan itu adalah palsu.

Beliau berkata, kertas pertuduhan itu menunjukkan satu konspirasi untuk menjatuhkan seorang perdana menteri.

[Baca berita penuh/asal]

 
 

Lihat Komen
ADS