Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kabinet lulus struktur tambang bas Rapid Transit
Diterbitkan:  Jul 31, 2015 4:00 PM
Dikemaskini: 8:11 AM

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) hari ini mengumumkan bahawa kabinet telah meluluskan struktur tambang Bas Rapid Transit (BRT) bagi Lembah Klang dalam mesyuarat Jemaah Menteri  Rabu lepas.

SPAD dalam kenyataan berkata struktur tambang yang terdiri daripada komponen tambang asas sebanyak RM0.90 sen dan komponen tambang berdasarkan perjalanan setiap kilometer (km) itu akan bermula dengan RM0.815 sen bagi 6km pertama.

"Sebanyak RM0.513 sen dikenakan untuk perjalanan 6km hingga 12km pertama, RM0.421 sen untuk 12 hingga 18km, RM0.282,18 sen untuk 24km dan RM0.212 sen bagi perjalanan melebihi 24km.

"Struktur ini mengehadkan tambang maksimum yang boleh dikenakan bagi perkhidmatan BRT dan pihak pengendali tidak dibenar mengenakan tambang melebihi kadar yang ditetapkan," kata kenyataan itu hari ini.

Sementara itu, Kabinet turut mengarahkan pengendali memberikan potongan tambang sebanyak 50 peratus bagi pelajar, warga emas dan orang kurang upaya (OKU).

Menurut kenyataan itu lagi, sistem BRT Sunway Line adalah BRT yang pertama di Lembah Klang dan dikendalikan oleh Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana).

"Struktur tambang tersebut tidak dapat menampung kos operasi BRT pada kadar penggunaan kini," katanya.

Bagi memastikan pengguna menikmati kadar tambang yang rendah, kerajaan juga meluluskan subsidi tahunan sebanyak RM14 juta untuk tempoh tiga tahun kepada Prasarana.

"Ini akan membantu menampung perbezaan dalam pengutipan tambang dan kos operasi bagi memastikan rakyat mampu menggunakan perkhidmatan tersebut," menurut kenyataan itu.

- Bernama

Lihat Komen
ADS