Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Muhyiddin tak akan cabar penggugurannya
Diterbitkan:  Jul 31, 2015 4:26 PM
Dikemaskini: 11:44 AM

Bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa beliau tidak akan mencabar keputusan penggugurannya dari Kabinet.

“Saya tidak akan melawan kerana saya sangat sayangkan parti ini,” katanya dalam ucapan kepada pemimpin bahagian BN di Pagoh pada malam tadi.

Laporan China Press menyebut, timbalan presiden Umno itu juga menggesa semua pemimpin parti agar mengutamakan kepentingan parti dan tidak bertindak mengikut perasaan.

Menurut laporan itu, Muhyiddin, 68, kelihatan sebak ketika berkongsi perasaan anggota keluarganya kepada para hadirin.

Muhyiddin berkata, beliau tidak dapat meluangkan masa bersama anak-anak disebabkan penglibatannya dalam politik sejak tiga dekad lalu.

"Kini, anggota keluarga saya sangat bimbang dengan keadaan saya,” katanya.

Pertemuan di pejabat Umno bahagian Pagoh itu dihadiri oleh kira-kira 800 orang, termasuk pemimpin MCA dan MIC tempatan.

Muhyiddin digugurkan dari Kabinet pada hari Selasa lalu, tidak lama selepas membuat kenyataan yang kritikal ke atas 1MDB.

Lihat Komen
ADS