Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Syarikat penerbangan tambang murah AirAsia Bhd menuntut RM409 juta daripada Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dan Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd sebagai pampasan kerugian dan kerosakan yang berlaku ketika beroperasi dari KLIA2 serta Terminal Penerbangan Kos Rendah (LCCT).

AirAsia dalam tuntutannya menyatakan MAHB gagal atau melanggar tanggungjawab dalam kontraknya sehingga menyebabkan syarikat itu mengalami - dan terus - kerugian.

AirAsia moved berpindah dari LCCT ke KLLIA2 pada Mei 2014.

Syarikat itu juga mendakwa tindakan MAHB juga menyebabkan jenama dan reputasi AirAsia terjejas apabila orang awam mengangap kegagalan penyediaan kemudahan adalah tanggungjawab mereka.

Awal minggu ini Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Tan Sri Tony Fernandes meluahkan kemarahannya mengenai masalah kerosakan struktur yang gagal diatasi di lapangan terbang bernilai RM4 bilion itu.

Kemudian beliau bersama Ketua Pegawai Operasi AirAsia, Aireen Omar turut merungut mengenai keadaan terminat KLIA2 yang mendap dengan kesan retakan dikesan di landasar, selain lopak air terbentuk di situ.

[Baca berita lanjut]

Lihat Komen
ADS