Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pasangan ditahan kes tipu penculikan
Diterbitkan:  Jul 31, 2015 6:46 PM
Dikemaskini: 10:52 AM

Sepasang kekasih ditahan kerana merancang penculikan remaja perempuan berkenaan bagi mendapatkan wang daripada

ibu bapanya.

Remaja perempuan berusia 18 tahun itu dan teman lelakinya yang berusia 28 tahun ditahan di Jalan Ria, Georgetown, pada pukul 10.45 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata remaja perempuan itu dikatakan menghilangkan diri selepas keluar dari rumah keluarganya di Paya Terubung pada pukul 3 petang Rabu lepas.

"Seorang lelaki telah menghubungi abang dan ayah remaja perempuan itu petang semalam dan mendakwa telah menculik remaja terbabit serta meminta wang tebusan sehingga RM5,000 sekiranya mahu remaja itu dibebaskan," katanya.

Beliau berkata lelaki terbabit turut mengugut akan mencederakan remaja berkenaan sekiranya keluarganya membuat laporan polis.    

Mior Faridalatrash berkata namun keluarga remaja perempuan terbabit membuat laporan polis malam tadi dan bertindak atas laporan itu, pihak polis berjaya mengesan pasangan terbabit di Jalan Ria.

Beliau berkata berdasarkan siasatan awal, remaja berkenaan didapati telah berpakat dengan teman lelakinya itu dengan mengatakan dia diculik untuk mendapatkan wang daripada keluarganya.

"Lelaki yang menghubungi keluarga remaja itu adalah teman lelakinya dan mereka juga telah berpakat untuk melarikan diri dari negeri ini.

"Pasangan itu mengaku bertindak demikan bagi mendapatkan duit untuk menampung perbelanjaan kerana mereka mahu lari dan bekerja di Kuala Lumpur," katanya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS